13/11/2011 - Peringatan Allah kepada penduduk di USJ, Subang Jaya petang tadi. Setelah hujan ais batu yang lebat dan angin yang sangat kuat melanda, maka diizinkan pokok-pokok yang megah berdiri tumbang menyembah bumi. Maha suci Allah yang memberi nikmat dan dugaan kepada hamba-hambaNya supaya berfikir. - Facebook
Marilah kita renung melihat keadaan diri kita sendiri. Meski pun hampir setiap masa kita terlibat dengan dosa, namun selepas melihat gempa bumi, tsunami, ribut taufan, hujan batu dan pelbagai macam azab yang lain, kita tidak pun terkesan dengan azab-azab itu. Kita juga tidak menyibukkan diri kita dengan bertaubat, beristighfar dan solat tetapi sebaliknya kita menyibukkan diri kita dengan pelbagai kajian yang sia-sia. -alhikmahsj.com
“Allah Subhanawataala arahkan kita ikut perintahNya, bukannya kita adjust perintah Allah ikut kehendak kita.“
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment