Tuesday, August 23, 2011

Hati itu suci bila kita khusyuk solat.


Tapi. Hati aku macam sakit. Bayangkan Ipad kau hilang? Mesti tak senang duduk kan? Ni apa yang aku rasa sekarang. Lost.

Kadangkadang bila takde problem ni, kita makin jauhhh sebab takde siapa yang ingatkan. Macam, selalu orang cakap, dah sakit baru sibuk nak bertaubat. Yup, Lalai. Buat sambil lewa.

Aku mohon diberikan khusyuk itu.


From: Dr.CintaPunyaBelog 
Pernah dengar?

Imam Ghazali pernah berkata; "Carilah hatimu sewaktu membaca al-Quran. Jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak ditemui, carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru."


Solat seakan tidak menyentuh hati, Ramadhan ini, kita harapkan ada perubahan terhadap diri kita sendiri, tapi sampai ke malam 10 terakhir, aku still tercaricari identiti sebenar. Benar, syaitan sudah dibelenggu, tiada godaan darinya, tetapi jangan pernah lupa dia sudah berjaya menyemai nafsu. Nauzubillah.


Kita tahu malah arif, namun kita tetap melakukan kesilapan. Adakah ini tandanya kita tidak ikhlas? Tidak ikhlas dalam mencintai Pencipta kita? Kita sering memohon dalam doa-doa kita,

Tunjukilah kami jalan yang lurus. (al-Fatihah:6)


Apakah hati ini tidak tulus dalam mengikut jalan yang lurus? Ya, saya juga ada dan pernah melakukan kesilapan. Tidak semuanya maha sempurna melainkan Dia, maka jangan memandang saya dengan kesempurnaan. Selagi mana saya bergelar manusia, saya tetap ada salah dan silapnya.


Kita masih kurang mengerti bicara-Nya. Kita sujud, namun hati tidak sujud. Rasa kehambaan tidak ada. Ramai yang solat tetapi tidak berdisiplin, maksiat tetap dilakukan, kesilapan terus-terusan dilakukan. Solat-solat kita sedang bermasalah. Ia hanya menjadi ritual yang tidak membina spiritual. 


Banyak bezanya antara solat yang sah dengan solat yang khusyuk. Sama juga seperti haji yang sah dan haji yang mabrur. Solat yang sah tidak berkesan mengubah peribadi hanya solat yang khusyuk mampu memberikan kesan kepada peribadi kerana hanya solat yang khusyuk sahaja mampu menyentuh hati. (Pahrol Muhd Juoi)

Sama-sama kita memperbaiki kualiti solat kita. Insyaallah. Sama-sama kita berdoa agar hati kita mampu tulus dalam mengikut jalan yang lurus.