Ye. Minggu exam. Final year final sem, as an undergraduate. May Allah ease. Rabbi yassir wala tuassir.
Enam hari lagi. Dah bersedia ke diri ni nak tempuh alam baru? Terasa kerdil. Sungguh.
Terasa banyak lagi yang belum capai. Banyak lagi tak sempat nak hadam. Banyak lagi yang tertinggal.
Cuba merangkak sambil main layanglayang. Cuba. Susah, tapi tak mustahil. Samaada imaginasi aku tak relevan ataupun terlalu ridiculous.
Abaikan.
Abaikan.
..........................
Library dah jadi rumah kedua musim exam ni. Pergi 11am. Balik 11pm. Hari hari tak pernah miss. Memang dah boleh tolong tutup pintu library.
Bukan nak cakap pelajar cemerlang, tapi nanti tak dapat that opportunity dah. Balik bilik, tidur.
Masjid rumah ketiga. Banyak betul rumah sekarang.
..........................
Library dah jadi rumah kedua musim exam ni. Pergi 11am. Balik 11pm. Hari hari tak pernah miss. Memang dah boleh tolong tutup pintu library.
Bukan nak cakap pelajar cemerlang, tapi nanti tak dapat that opportunity dah. Balik bilik, tidur.
Masjid rumah ketiga. Banyak betul rumah sekarang.
..........................
Kawan. Aku bersyukur ada kau. Mengisi hari hari aku. Menceriakan, momen momen indah, aku takkan lupa semua tu. Sejujurnya, aku rindu. Aku takut nanti kita jauh. Masingmasing dengan dunia sendiri. Khayal. Sekarang, ada smartphone kat tangan pon dah khayal.
Kata kita, kawan sampai syurga. Kawan kerana Allah. Uhibukkifillah.
Sekalipun kita jarang jumpa nanti, sentiasa doakan sama sama ayuh.
Jauh di mata, dekat di hati. Terima kasih sebab ada di sisi for all this while.
Atas salah silap atau pendam rasa, maafkan su ya?
Jauh di mata, dekat di hati. Terima kasih sebab ada di sisi for all this while.
Atas salah silap atau pendam rasa, maafkan su ya?
.........................
Hati. Tak pernah rasa kalut begini. Kalau betullah dia, tunjukkan jalan. Kalau tak betul, buangkan rasa yang tak perlu ni. Buang masa penat jiwa.
..........................
Tak sabar nak convocation. "Nak amik photographer A." "B tangkap angle cantik, amik dia lah." "C perempuan, tak segan sangat."
Tak habis exam, masingmasing dah pasang angan angan jenin. Almaklumlah pertama kali. It is five months ahead, but we already have a plan.
Cakap cakap ni yang aku akan rindu. Tak sabar nak tengok perkembangan masingmasing. Ada yang datang dengan tunang atau suami. Ada yang datang bawak BMW. Ada yang datang dengan purdah. Mungkin. Definisi success setiap orang kan berbeza.
...............................
Dulu. Saya teringin universiti di luar Selangor. Sebab saya ingin rasa jauhnya dengan keluarga. Ingin rasa hebatnya persahabatan. Ye, di luar tak banyak hiburan. Kita cari hiburan. Kalau di KL, hiburan cari kita. Nasib badan.
Dah dapat Matrikulasi Perak, UITM Perak. Tapi atas usaha ibu, saya masuk UIA, second intake. Memberontak dalam diam. Sebabnya saya seorang. Ye, seorang. Di Matrik ada geng, di UITM ada kawan baik. Gasak.
Tapi lima tahun di UIA, saya tahu memang Allah bagi peluang. Saya kenal apa itu usrah. Kenal kawan baik. Kenal Islam yang betul. Memang saya tak sempurna tutupnya lagi, tapi tengah tetapkan niat supaya yakin dan jitu. Doakan.
Terima kasih ibu. Hani tahu doa ibu selalu ada sepanjang lima tahun ni.
Dulu. Saya selalu cemburu kawan di luar sana, yang bukan UIA. Kawan dengan annual dinnernya. Kawan dengan overnightnya. Kawan dengan outingnya. (bila fikir balik, ini semua happiness dunia) We are never satisfied with what we have and always get jealous with others. Kosong. UIA ni banyak rules, banyak compound, banyak cekadak. Tapi normal lah, kita selalu tengok yang part tak best. Part yang best kita lupa.
Seronok UIA sebab selawatnya. Seronok UIA sebab biah solehahnya. Seronok UIA sebab masjidnya. Seronok UIA sebab ikhtilatnya.
Dulu. Satu yang saya lupa. Kita kejar ukhrawi bukan duniawi. Nikmat ukhrawi yang kita tak nampak sekarang. Contoh, duit. Wayang dan derma? Mana lagi banyak kita buat. Kalau logiknya makin belanja makin sikit duit. Tapi kan Allah dah janji rezeki dimana mana kalau rajin sedekah. Pandaipandai lah kita pikir ye idok. InsyaAllah.
Dulu. Mengaji bila ada masa. Tapi sebenarnya kita yang kena curi masa untuk mengaji. Apa salahnya sehari satu page, buat bekalan dalam kubur nanti. Lima minit je pon! Main twitter boleh dua jam, takkan lima minit tak boleh. Make an effort-lah.
Haa dah baca AlQuran belum harini?