Sunday, December 15, 2013

Kebanggaan ibu [Copied Version]

For Reminder.


Dulu masa saya kecik-kecik, saya selalu dapat no 1 dalam kelas tadika dan sekolah rendah...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat 5A UPSR...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat tawaran masuk MRSM...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya...

Dulu saya dapat 7A dalam PMR...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat tawaran buat kursus medic kat Indonesia...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Tapi bila saya buang semua keduniaan itu dan berikrar untuk berjuang menjadi kebanggaan Rasulullah, saya tolak semua tawaran universiti, saya bawa beg dan merantau ke seluruh dunia, saya berhenti di Afrika untuk bertalaqqi ilmu agama, dan balik ke Malaysia dengan kesan-kesan Sunnah Rasulullah di badan saya...

Semua orang mencemuh dan memandang rendah kepada saya....

"Ada ke patut budak lulusan MRSM masuk pondok? Dah la sijil tak diiktiraf, belajar jauh-jauh sampai Afrika pulak tu? Nanti nak makan apa? Bodohnya... Memalukan mak bapak, peluang besar jadi orang besar dilepaskan pulak..."

Kata mereka....

Tapi...

Pada suatu Subuh...

Saya pergi ke masjid bersama ibu saya di mana saya merupakan imam di masjid itu...

Saya bacakan surah Abasa...

Dan sebak ketika sampai ayat:

Yaumayafirrul mar'umin akhih.....

Wa ummihi...wa Abih....

Selesai solat, semasa perjalanan pulang...

Ibu bertanya kenapa saya sebak ketika sampai di ayat itu?

Saya jelaskan....

Ayat itu menceritakan tentang huru hara mahsyar sehinggakan seorang insan itu akan lari daripada saudaranya...

Ibunya...

Ayahnya....

Isterinya...

Anak-anaknya...

Saya katakan...

Di dunia ini, bila kita jadi kaya, orang puji kononnya kita berjaya...

Bila kita korbankan dunia untuk agama, orang akan kata kita gila...

Sedangkan di mahsyar nanti, semua "kata-kata orang" tu langsung tak bernilai kerana ibu, bapa, anak, isteri, saudara yang di dunia ni sangat rapat dengan kita pun, kelak di mahsyar mereka akan saling melarikan diri daripada berjumpa kerana takut dituntut......

Maka saya sebak kerana saya risaukan apa keadaan saya di mahsyar kelak...

Pujian orang ramai selama berbelas-belas tahun tu langsung tak bagi manfaat pada saya...

Kejian selama bertahun-tahun kerana mengorbankan dunia demi agama juga langsung tak bagi manfaat pada saya...

Lalu kenapa manusia masih mengejar pujian orang ramai dan takut dengan celaan mereka?

Ibu sekali lagi memeluk saya, tersenyum sambil menangis dan berkata....

"Sejuk perut mama dapat anak macam bangcik..."

Maka itulah kali pertama dalam hidupku saya berasa sangat gembira akan "pujian" ibuku...

Pelbagai pencapaian demi pencapaian yang saya dapat DULU, saya tidak pernah merasa gembira seperti ini walaupun dulu juga saya dipeluk cium ibu dan dipuji....

Wahai hamba Allah...

Apa sebenarnya yang kalian kejar?

Apa pula sebenarnya yang kejar kalian?

Mengapa kalian masih mengejar pujian sia-sia manusia...

Sedangkan malaikat maut pula tidak pernah lelah siang malam mengejar kalian?

Wahai pembaca madahku ini...

Apakah kalian sedar nafas kalian hanya berbaki beberapa lagi?

Sebelum lubang kubur kalian akan digali?

Apa yang aku dan kalian ada untuk Allah dan Rasul banggai?

Note: Apa guna ibu bapa dan orang kampung korang bangga sebab korang dapat 100A, masuk U bagus, dapat kerja bagus, dapat gaji besar dan lain-lain sedangkan di mahsyar kelak tak ada satu kejadah pun daripada benda tu semua yang Nabi nak banggakan dari korang?

Selama berbelas-belas tahun aku telah bazirkan masa aku untuk perkara sia-sia dan sibuk dengan sistem percaturan dajjal, dan aku tidak dapat apa-apa melainkan "pujian" ibu bapa dan masyarakat sahaja...

"Pujian" tu semua tak boleh aku makan, tak boleh tutup aurat aku, tak boleh hilangkan dahaga aku, tak boleh sembuhkan penyakit aku.

Ia semata-mata sesuatu yang langsung tak ada nilai samada di dunia atau akhirat....

Nak beli gula-gula Hacks pun tak boleh dengan "pujian" tu...

Bahkan nak kencing berak kat tandas awam yang kena bayar 30sen pun tak boleh dibayar dengan "pujian" tu....

Totally damn useless...

"Pujian" itu nilainya lebih rendah daripada najis dalam tandas...

Maka adalah bodoh sejuta tingkat bagi orang yang siang malamnya didekasikan untuk dunia semata-mata untuk dapat pujian masyarakat...

Melainkan jika ianya pujian kebanggaan daripada ibu kalian kerana khidmat kalian atas agama...

"Pujian" itu menjadi sangat bermakna kerana kelak di akhirat juga ia akan menjadi sesuatu yang bakal Rasulullah banggakan....

Maka aku menyeru, tak kiralah korang ni budak pondok ke, madrasah ke, pelajar U ke, doktor ke, pensyarah ke, Perdana Menteri ke...

Janganlah jadi bodoh dengan merasa gembira akan pujian...

Dan janganlah menjadi bodoh dengan merasa marah dengan celaan...

Buatlah kerja masing-masing kerana keredhaan Allah...

Dan untuk menjadi kebanggaan Rasulullah...

Aku menangis untuk diriku,
Kerana aku hidup ketika zaman itu,
Bukan kerna aku salahkan zaman,
Tapi kerna aku sedar akan kelemahan iman.

Memang aku tak mampu mengubah umat...
Tapi aku mampu mencoretkan sebuah tulisan...
Ketika dunia ini semakin hari semakin tenat...
Maka bersaksilah aku telah menyampaikan.....

Selamat Tinggal Dunia . . .

- Ibnu Batoota Owsem -

Tuesday, May 28, 2013

Sisa sisa sebagai seorang pelajar

Hati sasau. Sini lah tempat paling best nak mengomel tanpa ramai follower.

Ye. Minggu exam. Final year final sem, as an undergraduate. May Allah ease. Rabbi yassir wala tuassir.
Enam hari lagi. Dah bersedia ke diri ni nak tempuh alam baru? Terasa kerdil. Sungguh.

Terasa banyak lagi yang belum capai. Banyak lagi tak sempat nak hadam. Banyak lagi yang tertinggal. 

Cuba merangkak sambil main layanglayang. Cuba. Susah, tapi tak mustahil. Samaada imaginasi aku tak relevan ataupun terlalu ridiculous. 

Abaikan.

..........................


Library dah jadi rumah kedua musim exam ni. Pergi 11am. Balik 11pm. Hari hari tak pernah miss.  Memang dah boleh tolong tutup pintu library.
Bukan nak cakap pelajar cemerlang, tapi nanti tak dapat that opportunity dah. Balik bilik, tidur.

Masjid rumah ketiga. Banyak betul rumah sekarang.

..........................


Kawan. Aku bersyukur ada kau. Mengisi hari hari aku. Menceriakan, momen momen indah, aku takkan lupa semua tu. Sejujurnya, aku rindu. Aku takut nanti kita jauh. Masingmasing dengan dunia sendiri. Khayal. Sekarang, ada smartphone kat tangan pon dah khayal.

Kata kita, kawan sampai syurga. Kawan kerana Allah. Uhibukkifillah

Sekalipun kita jarang jumpa nanti, sentiasa doakan sama sama ayuh.
Jauh di mata, dekat di hati. Terima kasih sebab ada di sisi for all this while.

Atas salah silap atau pendam rasa, maafkan su ya?

.........................


Hati. Tak pernah rasa kalut begini. Kalau betullah dia, tunjukkan jalan. Kalau tak betul, buangkan rasa yang tak perlu ni. Buang masa penat jiwa.

..........................


Tak sabar nak convocation. "Nak amik photographer A." "B tangkap angle cantik, amik dia lah." "C perempuan, tak segan sangat." 

Tak habis exam, masingmasing dah pasang angan angan jenin. Almaklumlah pertama kali. It is five months ahead, but we already have a plan.

Cakap cakap ni yang aku akan rindu. Tak sabar nak tengok perkembangan masingmasing. Ada yang datang dengan tunang atau suami. Ada yang datang bawak BMW. Ada yang datang dengan purdah. Mungkin. Definisi success setiap orang kan berbeza. 

...............................


Dulu. Saya teringin universiti di luar Selangor. Sebab saya ingin rasa jauhnya dengan keluarga. Ingin rasa hebatnya persahabatan. Ye, di luar tak banyak hiburan. Kita cari hiburan. Kalau di KL, hiburan cari kita. Nasib badan.

Dah dapat Matrikulasi Perak, UITM Perak. Tapi atas usaha ibu, saya masuk UIA, second intake. Memberontak dalam diam. Sebabnya saya seorang. Ye, seorang. Di Matrik ada geng, di UITM ada kawan baik. Gasak.

Tapi lima tahun di UIA, saya tahu memang Allah bagi peluang. Saya kenal apa itu usrah. Kenal kawan baik. Kenal Islam yang betul. Memang saya tak sempurna tutupnya lagi, tapi tengah tetapkan niat supaya yakin dan jitu. Doakan. 
Terima kasih ibu. Hani tahu doa ibu selalu ada sepanjang lima tahun ni.

Dulu. Saya selalu cemburu kawan di luar sana, yang bukan UIA. Kawan dengan annual dinnernya. Kawan dengan overnightnya. Kawan dengan outingnya. (bila fikir balik, ini semua happiness dunia) We are never satisfied with what we have and always get jealous with others. Kosong. UIA ni banyak rules, banyak compound, banyak cekadak. Tapi normal lah, kita selalu tengok yang part tak best. Part yang best kita lupa. 
Seronok UIA sebab selawatnya. Seronok UIA sebab biah solehahnya. Seronok UIA sebab masjidnya. Seronok UIA sebab ikhtilatnya. 

Dulu. Satu yang saya lupa. Kita kejar ukhrawi bukan duniawi. Nikmat ukhrawi yang kita tak nampak sekarang. Contoh, duit. Wayang dan derma? Mana lagi banyak kita buat. Kalau logiknya makin belanja makin sikit duit. Tapi kan Allah dah janji rezeki dimana mana kalau rajin sedekah. Pandaipandai lah kita pikir ye idok. InsyaAllah.

Dulu. Mengaji bila ada masa. Tapi sebenarnya kita yang kena curi masa untuk mengaji. Apa salahnya sehari satu page, buat bekalan dalam kubur nanti. Lima minit je pon! Main twitter boleh dua jam, takkan lima minit tak boleh. Make an effort-lah

Haa dah baca AlQuran belum harini?