Mengapa menyambut Maulidur Rasul?
Mereka yang menyambut Maulid Nabi adalah mereka yang memuliakan Nabi. Dan sesiapa yang memuliakan Nabi adalah orang yang beruntung dan berjaya dan dimasukkan ke dalam syurga. InsyaAllah.
“Belum sempurna iman seseorang dari kamu. kecuali aku lebih dikasihinya berbanding dengan keluarganya, dan hartanya dan manusia keseluruhannya.”
Kalau kita boleh celebrate birthday sendiri, keluarga dan kawan. Boleh lah juga celebrate kelahiran Nabi, tanda kita sayang.
Baca lanjut klik sini.
Sabda Rasulullah, "Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku"
Jom berselawat. (baca: doa,pujian)
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Wallahualam.